Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Perikatan Nasional umum pelantikan Pengarah Pilihanraya dan penubuhan Badan Perhubungan Negeri

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah bermesyuarat pada 9 November 2020 dan memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini. Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri. Dalam hal ini, Pengerusi Perikatan Nasional akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri. Selain itu, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara melantik YB Dato’ Seri Azmin Ali… Read More

Azmin bergegas ke lokasi kemalangan heli

8 November, Hulu Kelang: Ahli Parlimen Gombak, YB Dato’ Seri Azmin Ali bergegas meninjau kemalangan yang melibatkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Hulu Kelang bersama-sama Ketua Polis Balai Taman Melawati. Beliau hari ini kebetulan turun kawasan untuk beberapa program setempat dan kunjungan kemasyarakatan di Dun Hulu Kelang. Azmin menyatakan rasa sedih dan simpati atas kejadian yang telah meragut dua nyawa khususnya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

Watak Politikus Mengikut Genre Muzik πŸŽ΅πŸŽ΅πŸŽ΅

Kadangkala rakyat pun sukar memahami sikap dan tingkah laku politikus-politikus apabila gelagat mereka yang dilihat mencetuskan krisis, perebutan kuasa dan kedudukan serta manuver politik yang memeningkan rakyat untuk memahaminya. Ok, jangan gusar dan celaru. Mari kita baca karektor tiap politikus mengikut genre muzik. Azmin AliPolitikus yang sangat dibenci oleh kelompok pentaksub Anwar Ibrahim kerana mereka tidak dapat membaca rentak politik Azmin berbanding politikus pujaan mereka. Watak Azmin seperti genre muzik yang dimainkan oleh Pink Floyd, psychedelic progressive rock iaitu suatu genre muzik rock yang terbina dengan susunan ‘odd-beat, odd tempo dan digarap… Read More