Rencana |Zuraida: Harus pilih ke suatu jalan lain untuk kebaikan

Zuraida Kamaruddin adalah tokoh politik yang boleh dianggap sukses, tegas dan kontroversi sejak beliau memenangi Ampang Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Sebelum menjadi menteri pun, beliau sudah menunjukkan daya politik progresif semasa dalam PKR. Gerak kerja Zuraida yang pantas dan ‘walk the talk’ tidak disukai oleh segelintir kelompok politik dalam PKR yang menyaingi mereka dan ketinggalan dek arus yang dicetuskan oleh Zuraida. Maka tidak hairan kelompok politik yang ‘gagal’ mengejar atau mengikuti arus gerak kerja Zuraida, lebih giat berdampingan dengan keluarga Anwar dan proksi mereka untuk membenam gerakan politik Zuraida…. Read More

Kesatuan Bersama Rakyat Perangi COVID-19

Perikatan Nasional menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang mengiktiraf kejayaan Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani wabak COVID-19 dengan baik dan berkesan. Perikatan Nasional juga menjunjung kasih di atas keyakinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara. Perikatan Nasional bertekad untuk terus bekerja kuat… Read More

Teori Kamal Hatta: Zuraida masih menteri, Anwar kekal gagal!

Silap besar Anwar Ibrahim adalah membalas dendam ke atas Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin. Dia terbawa-bawa emosi kegagalan Langkah Kajang 2014. Anwar gagal dua hal besar waktu itu iaitu gagal menjadi MB Selangor dan gagal dalam kes Liwat 2 yang menyumbatkan dia ke penjara Sungai Buloh. Azmin jugak berjaya dua hal besar iaitu dilantik sebagai MB Selangor dan menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Kejayaan Azmin dan kegagalan Anwar itu menyebabkan dendam kesumat Anwar meluap-luap. Sebelum dihumban ke Sungai Buloh, Anwar sempat meninggalkan bom jangka dan jerangkap samar politik dalam PKR. Apakah bendanya?… Read More

Zuraida terus bekerja, PKR kekal mengejar bayangan

Tindakan PKR mengemukakan saman RM10 juta adalah episod baru politik negara yang terjadi selepas kejayaan Perikatan Nasional meraih kemenangan PRN Sabah dengan kerjasama politik antara Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS). Namun tindakan PKR itu ibarat lawak politik. Semua orang satu Malaysia tau bahawa PKR memecat keanggotaan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada 26 Febuari lalu. Azmin dan Zuraida setelah dipecat oleh PKR, kedua-duanya mengumumkan keluar parti bersama lapan lagi MP PKR. Mereka ini dikenali sebagai ‘G-10’. Itu hakikat peristiwa yang terjadi. PKR memecat keanggotaan Azmin dan Zuraida. Ia menjadi titik… Read More