Rencana |Azmin-Zuraida terus bergerak ke depan, PKR kekal mengejar bayangan

Setelah lima bulan Perikatan Nasional berkerajaan dan kini memasuki bulan keenam (Ogos), rakyat Malaysia sudah melihat progres yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional khusus menanggani wabak Covid-19. Ia bukan omongan politik tetapi kenyataan yang diakui oleh WHO dan banyak negara dunia akan keupayaan Malaysia menguruskan jangkitan wabak ini. Walaupun belum menang melawan Covid-19, Malaysia telah mencapai tahap sembuh 97 peratus. Sesuatu yang sukar dinafikan oleh blok pembangkang (PH) dan sehingga kini pihak ini memainkan isu-isu yang tidak relevan dan tiada impak panjang kepada rakyat. Ketegasan Muhyiddin Yassin sebagai PM untuk tidak terlibat atau… Read More

Korban Perdana Merapatkan Hubungan Pemimpin, Bomba dan Masyarakat

2 Ogos Juasseh: Semalam telah berlangsung program Korban Perdana di beberapa negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut melibatkan NGO Penggerak Komuniti Negara beberapa negeri. JBPM Negeri Sembilan turut sama menganjurkan program ibadah ini yang dijalankan di dua lokasi iaitu di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan, Seremban 2 dan Laman Permai, Juasseh di Kuala Pilah. Korban Perdana di Negeri Sembilan sangat istimewa kerana dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga Bomba Malaysia. Manakala di Juasseh selain kehadiran Hajah Zuraida,… Read More

Jangan terlalu banyak main politik, nasihat Azmin Ali

KUALA PILAH: Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menasihati pihak yang berkenaan agar tidak terlalu banyak ‘bermain politik’ kerana fokus kerajaan sekarang ialah kesihatan rakyat dan ekonomi negara. Katanya, pihak yang berkaitan juga harus mencontohi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak begitu banyak berbicara mengenai politik memandangkan keutamaan beliau ialah untuk selamatkan ekonomi negara dan kesihatan rakyat. “Kita hari ini meletakkan isu kesihatan rakyat dan isu ekonomi sebagai fokus, ‚Ķjangan main politik banyak sangat sebab rakyat perlu pembelaan dan ini… Read More

Jangan ghairah rampas Ampang, Gombak hingga tercicir kawasan sendiri – Zuraida

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, mengingatkan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), agar tidak terlalu ghairah mahu menawan kawasan diwakilinya itu, hingga mengabaikan kawasan sendiri. Beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR, menyifatkan kepemimpinan parti itu memberi tindak balas positif apabila mula menyedari tanggungjawab dan landas perjuangan mereka, selepas ‘tidur’ sejak sekian lama. “Alhamdulillah, saya sebenarnya berbesar hati dan berbangga kerana PKR memilih Ampang untuk mengadakan program mereka. “Selama ini mereka tidur dan kini sudah bangkit. Alhamdulillah, kita amat profesional dan akan bertanding secara profesional dan sihat juga. Saya sangat alu-alukan… Read More