Kerajaan tumpu bantu isi rumah RM2,500 ke bawah

Kerajaan memberikan tumpuan serius untuk membantu kumpulan bersasar iaitu isi rumah yang berpendapatan dibawah RM2,500, antaranya termasuk kelompok masyarakat Orang Asli dan peneroka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata, jika sebelum ini sasaran sememangnya tertumpu kepada kumpulan B40 yang mempunyai satu kelompok sahaja, namun kini ia dipecahkan kepada empat kelompok, dengan paling rendah adalah kelompok dalam kategori B10. “Dulu hanya ada kalangan kelompok B40 sahaja, tetapi sekarang ada empat kelompok dibawahnya dan yang paling rendah dalam kelompok itu adalah B10 yang mana pendapatan isi rumah mereka hanya RM2,500 ke… Read More

Wilayah Cakna| Surau Darussalam Dapat Peruntukan RM20 Ribu

Langkah kanan buat penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1 di Kuala Lumpur apabila sejumlah peruntukan RM20,000 untuk Surau Darussalam diluluskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBTM Dato Seri Dr Edmund Santara. Ia suatu manfaat buat penduduk-penduduk perumahan ini yang bakal menikmati hasil penambahbaikan kemudahan melalui peruntukan tersebut. _PPI

Bakti Sosial

Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan. Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial. Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan. Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan. Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu… Read More

Perkukuh Masyarakat Melalui Komuniti Hub

Perkembangan urbanisasi atau perbandaran baru di bandar-bandar utama seluruh negara telah turut mewujudkan kelompok baru masyarakat bandar yang kebanyakan terdiri daripada golongan B40. Seiring dengan matlamat memperkasakan hubungan, interaksi dan pergaulan antara masyarakat bandar, Komuniti Hub telah diwujudkan bagi mengeratkan interaksi sosial dalam kalangan kejiranan. Inisiatif itu adalah landasan untuk golongan B40 membina komuniti sihat selaras dengan Dasar Komuniti Negara dan Agenda Mampan. Walaupun masyarakat bandar kian membesar jumlahnya, namun aspek kesejahteraan masyarakat tetap menjadi keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Dasar Komuniti Negara. Suasana sihat sosio-masyarakat yang mendokong semangat kejiranan… Read More