Berita Ringkas |381 mangsa banjir di Perak berada di lima PPS

Kawasan Batu Kurau, seramai 90 orang dari Kampung Sg Ara dipindahkan ke PPS di dewan kampung itu, manakala 215 penduduk dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Jemerang Star dipindahkan ke dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Pantai Besar serta Sekolah Kebangsaan Pantai Besar. Bagi kawasan Taiping, 44 mangsa dari Kampung Kampung Changkat Baru, Matang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah manakala 32 lagi penduduk Kampung Air Kuning kini berlindung di dewan orang ramai kampung itu. BERNAMA