Lima sekeluarga terperangkap banjir kilat di Batu Ferringhi

GEORGE TOWN – Sebuah keluarga di Kampung Din Bamboo, Batu Ferringhi di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat sebelum diselamatkan anggota bomba hari ini. Dalam kejadian pukul 9.59 pagi itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, banjir kilat dipercayai berpunca dari limpahan air sungai berhampiran rumah berkenaan. Beliau berkata, beberapa buah rumah dimasuki air, namun hanya lima mangsa yang terlibat dan dipindahkan ke tampat selamat. Dalam pada itu, seorang… Read More