Bersatu tubuh ‘task force’ banjir, jangka penyertaan lebih 1,000 sukarelawan

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Seramai 1,650 sukarelawan dijangka terlibat dalam ‘task force’ bantuan banjir yang akan digerakkan serta merta ke seluruh negara bagi membantu mangsa banjir, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata ‘task force’ ditubuhkan parti itu dengan kerjasama agensi berkaitan serta pemimpin tempatan supaya skop bantuan tidak bertindih antara satu sama lain serta dapat diuruskan dengan baik. “Kehadiran sukarelawan ini kelak akan menjadi jambatan penghubung bantuan dan meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang dilanda musibah banjir. “Saya yakin, jika kita semua… Read More

Banjir Pahang: Benta lumpuh ditenggalami banjir

4 Januari, BENTA: Pekan Benta dan beberapa kawasan sekitar dilaporkan lumpuh apabila pekan tersebut telah ditenggalami air banjir. Hujan yang turun berterusan semalam telah menyebabkan paras air Sungai Lipis melimpah dan menenggelamkan kebanyakan kawasan yang berada dalam lembangan sungai ini. Pekan Benta antara yang paling terjejas kerana lokasi pekan ini terletak di tebing Sungai Lipis. Selain daripada kawasan pekan, beberapa kampung sekitar pekan dan taman perumahan turut dinaiki air sehingga paras bumbung. Stesen Penimbang JPJ di Batu 11 Jalan Benta-Lipis turut ditenggalami air banjir akibat limpahan air Sungai Lipis. Daerah Lipis antara… Read More

Dua daerah terjejas banjir di Pahang, 65 mangsa ditempatkan di PPS

KUANTAN, 3 Jan — Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam. Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 9.30 pagi ini, di daerah Maran, seramai 44 mangsa daripada 13 keluarga telah ditempatkan di PPS Balai Raya Jara, manakala 21 mangsa daripada enam keluarga dari daerah Rompin berlindung di PPS Balai Raya Bukit Lepas. Portal berkenaan turut memaklumkan tiga sungai di Pahang melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Lepar @ Jambatan… Read More

Berita Ringkas |381 mangsa banjir di Perak berada di lima PPS

Kawasan Batu Kurau, seramai 90 orang dari Kampung Sg Ara dipindahkan ke PPS di dewan kampung itu, manakala 215 penduduk dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Jemerang Star dipindahkan ke dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Pantai Besar serta Sekolah Kebangsaan Pantai Besar. Bagi kawasan Taiping, 44 mangsa dari Kampung Kampung Changkat Baru, Matang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah manakala 32 lagi penduduk Kampung Air Kuning kini berlindung di dewan orang ramai kampung itu. BERNAMA