Bomba selamatkan RM13 bilion harta tahun 2020

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan taksiran harta yang berjaya diselamatkan akibat kebakaran bernilai RM13 bilion sepanjang tahun lepas, berbanding RM48 bilion pada 2019. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penurunan drastik sebanyak 72.9 peratus itu disebabkan bilangan panggilan kes kebakaran yang rendah semasa pandemik Covid-19 melanda negara. “Perkembangan positif ini turut dicatatkan dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Response Time di bawah 10 minit iaitu meningkat sebanyak 5.97 peratus, daripada 53.12 peratus pada 2019 kepada 59.0 peratus pada 2020. “Disusuli pula… Read More

NGO tempatan bantu misi bantuan bencana MP Ampang di Pahang

19 Januari, TEMERLOH: Misi bantuan bencana banjir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap diteruskan walaupun berlaku kesukaran merentas negeri kerana PKP. NGO tempatan, AZRB telah menghantar sumbangan beras YB Hajah Zuraida ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah jam 1:30 tengahari. Turut disumbangkan oleh NGO ini adalah sejumlah 160 helai telekung kepada mangsa banjir terlibat. Kelab Berbasikal Ampang (MCC Ampang) juga turut terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ini ke Temerloh, Lanchang dan Raub.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun pagi ini

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Keadaan banjir di Sarawak, Pahang dan Sabah semakin pulih pagi ini apabila jumlah mangsa di ketiga-tiga negeri itu kian menurun, namun mangsa di Johor kekal sejak semalam. Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 4,247 orang pagi ini berbanding 4,343 orang, malam tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya memaklumkan sebanyak 51 PPS masih beroperasi di enam daerah yang dilanda banjir sejak Rabu lepas. Bahagian Kuching masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 2,853 orang di… Read More

Penggerak Wangsa Maju Salur Bantuan Awal Banjir Pahang

7 Januari, RAUB: Penggerak Komuniti Negara telah menghantar dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. Gerak kerja penghantaran bantuan telah dijalankan oleh Penggerak Komuniti Negara Wangsa Maju yang diketuai oleh Pengerusinya, Abdul Ghani Abdullah. Saluran sumbangan terus ke lokasi kejadian banjir telah digerakkan ke Raub dan Lipis iaitu dua daerah yang paling terjejas teruk akibat banjir yang melanda pada 4 Januari lepas. Antara lokasi yang dikunjungi adalah sekitar Dong, Raub dan Benta, Lipis. Pakej bantuan turut diserahkan kepada Penggerak Raub dan Lipis untuk diedarkan ke lokasi-lokasi terjejas dalam kawasan masing-masing. Sumbangan… Read More