Suntikan bantuan kerajaan beri manfaat 20 juta rakyat, 2.4 juta perniagaan

PUTRAJAYA, 19 Jan — Sebanyak 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan mendapat manfaat daripada pakej bantuan kerajaan yang dilaksanakan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan itu membabitkan suntikan kewangan sebanyak RM182 bilion. Semenjak bermulanya penularan wabak COVID-19 awal tahun lepas, kerajaan telah melaksanakan empat pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi membantu rakyat serta perniagaan dan melindungi ekonomi negara. “Jika perlu, kerajaan akan terus membantu seperti yang terbukti sebelum ini,”… Read More

πˆππ“πˆππ€π“πˆ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ ππ€πŠπ„π‰ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ‡π€π’

18 Januari, PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion. Intipati-intipati PERMAI adalah; πŸ“ŒSebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama πŸ“ŒKerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari πŸ“ŒPemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini πŸ“ŒKetelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 πŸ“ŒKerajaan tambah lebih… Read More

KWSP perinci syarat pengeluaran i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang layak membuat permohonan kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. Menurut KWSP dalam kenyataan dikeluarkan, kategori 1 adalah pencarum yang bekerja dalam sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau ahli yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Bantuan Prihatin Nasional disalur, melegakan rakyat

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah pun disalurkan terus ke akaun orang ramai yang layak bermula 22 Oktober lepas. Ketika gelombang ketiga Covid-19 melanda negara, bantuan kerajaan ini telah melegakan kebanyakan rakyat bagi meringankan bebanan kos akibat pelaksanaan PKP dan beberapa negeri melalui pelaksanaan PKPB yang telah menghadkan pergerakan rakyat bagi mengelakkan penularan wabak. Pemberian wang bantuan ini fasa pertama akan bermula 22 Oktober dan fasa kedua pula akan disalurkan pada awal tahun 2021. Bantuan Prihatin Nasional ini adalah lanjutan daripada bantuan yang pertama ketika pertengahan tahun ini semasa negara menghadapi Perintah… Read More