POLITIK | Kedudukan seimbang, tiada parti dominan Dewan Rakyat.

PRU-14 lepas memang titik penting perubahan komposisi antara parti yang menang kerusi parlimen. Sejak 1959 iaitu PRU-1 (Penggal 1) Dewan Rakyat hanya pada penggal ke-14 ini tiada parti yang memenangi kerusi lebih jumlah sepertiga. Kali terakhir pada PRU-13 Penggal Ke-13, UMNO memenangi 86 kerusi yang menjadikan parti ini sebagai parti terbesar dalam Dewan Rakyat. Jumlah itu melebihi angka sepertiga Dewan Rakyat iaitu 74 kerusi. PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi kemudian menyusut kepada 38 kerusi selepas sebahagian MP keluar menyertai Bersatu dan Warisan. Jumlah itu bertambah kepada 39 setelah BN memenangi PRK… Read More

Rencana | Sejarah PRN Sabah yang menumbangkan gergasi politik.

Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad bin Hassan menyatakan bahawa kerjasama Umno dengan PN merugikan parti itu kerana ‘terlepas dan hilang kerusi-kerusi dun’ berpotensi dimenangi. Ini sikap politik Umno yang masih dibayangi perasaan ‘big-brother’. Walhal Umno sendiri bertanding 31 kerusi dun berbanding PN yang bertanding 29 kerusi sahaja. Itu pun jika dipecahkan mengikut komponen PN, Bersatu hanya bertanding 19 kerusi, jauh lebih kecil jumlah berbanding Umno. Memang benar kata Tok Mat, Umno pernah mendominasi kemenangan Sabah sejak PRN 1999 hingga PRN 2013. PRN-12 (2004), PRN-13 (2008) & PRN-14 (2013) Umno mendominasi dengan memperolehi… Read More

Keputusan Rasmi PRN Sabah Ke-16

Berikut adalah keputusan penuh yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia;

GRS Menang PRN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah telah memenangi pilihan raya negeri Sabah setelah memenangi 37 kerusi berbanding Warisan Plus yang mendapat 26 kerusi dan bebas memenangi dua kerusi. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media jam 12:00 tengah malam tadi telah mengumumkan keputusan bagi 65 kerusi daripada 73 kerusi dun keseluruhan. Pengumuman rasmi SPR tersebut telah mengesahkan bahawa GRS adalah parti yang memenangi PRN Sabah ke-16.