Rencana | PRN Sabah: Lapangan Ujian Politik

Tahun 2020 kelihatan lebih mencapai ‘kemajuan’ politik yang jauh memadamkan nostalgia Wawasan 2020, ia sekadar menjadi impian kemajuan negara Malaysia yang telah dicetuskan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Awal tahun 2020 iaitu pada 29 Febuari, politik negara beralih ke titik anjakan luarbiasa yang menambah dinamik corak siasah Malaysia Pakatan Harapan ditumbangkan, Perikatan Nasional didirikan menjadi pemerintah kerajaan Persekutuan. Penghujung bulan Julai, Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan dan dilangsungkan pilihan raya mengejut (snap election) pada 26 September 2020. PRN Sabah menjadi lapangan ujikaji politik. Dinamika siasah sedang berlaku di Sabah. Tiga… Read More

PRK N58 Slim: BN Menang Majoriti 10 Ribu Undi

Barisan Nasional mempertahankan kemenangan di N58 Slim pada PRK yang berlangsung hari ini. Calon BN, Zaidi Aziz memperolehi 13,060 undi manakala calon Bebas (Parti Pejuang) Amir Khusyairi mendapat 2,115 undi dan seorang lagi calon Bebas, Santharasekaran Subramaniam hilang deposit yang hanya memperolehi 276 undi. _PPI

Kita sudah buat yang terbaik – Mohd Sharim

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain melahirkan rasa syukur setelah selesai membuang undi pada jam 9.10 pagi tadi. Mohd Sharim yang ditemani isterinya, Norhiliyana Abdul Majid berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk pengundi Chini dan kini terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. “Bagi saya SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sebaik mungkin dan dalam suasana yang ramai kita tidak dapat kawal tapi kita cuba untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh SPR. “Kita doakan kejayaan untuk BN,” katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Kafa Felda Chini 3, pagi… Read More

13 pusat pengundian PRK DUN Chini dibuka jam 8 pagi ini

Semua 13 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dibuka jam 8 pagi bagi membolehkan 20, 816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini Ia melibatkan 65 saluran mengundi di beberapa buah sekolah, dewan dan balai raya. Proses pengundian akan ditutup jam 5.30 petang sebelum semua peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Paloh Hinai di sini. Seramai 156 pengundi biasa bagi PRK ini mengundi secara pos, manakala 17 pengundi dalam kalangan anggota polis mengundi melakukan pengundian awal pada 30 Jun… Read More