Kes rasuah RM2 juta: Mahkamah batalkan sabitan bersalah Ku Nan

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan dalam prosiding hari ini. Keputusan majoriti dibuat oleh pengerusi Suraya Othman dan Ahmad Nasfy Yasin, yang memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil (PRK). Seorang lagi panel, hakim Abu Bakar Jais pula membuat keputusan menolak permohonan itu. Pada 21 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan ahli parlimen Putrajaya itu bersalah menerima rasuah sebanyak RM2… Read More