MOF beri jaminan Belanjawan 2021 akan fokus aspek kelangsungan ekonomi

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memberi jaminan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November ini, akan terus menumpukan aspek kelangsungan ekonomi bagi memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pihaknya kini giat merangka Belanjawan 2021, termasuk mengadakan sesi perbincangan bersama kementerian-kementerian lain bagi mempertimbangkan cadangan serta keperluan pengoperasian serta pembangunan. Beliau berkata, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, Belanjawan 2021 itu mempunyai tiga matlamat utama untuk melindungi, memulih dan menjamin perkara seperti kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. “Pada masa sama, kerajaan juga menggesa rakyat… Read More