Euro 2020: Czech kalahkan Belanda, Belgium mara suku akhir

Republik Czech membuat kejutan menewaskan Belanda pada perlawanan malam tadi dengan keputusan 2-0. Republik Czech mara ke suku akhir. Rekod terbaik Republik Czech dalam kempen Euro semasa edisi tahun 1996 sebagai naib juara. Dua jaringan dihasilkan pada separuh masa kedua setelah kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati pada separuh masa pertama. Pemain pertahanan Czech, Tomas Holes menjaringkan gol pertama minit ke 68. Kemudian pada minit ke 80 Republik Czech mendahului 2-0 melalui jaringan penyerang kelab Bayer Leverkusen, Patrick Schick. Menanti mereka dalam perlawanan suku akhir nanti adalah Denmark. Pasukan jiran Belanda, Belgium pula… Read More

Euro 2020: Belanda benam Austria ungguli kedudukan Kumpulan C

18 Jun 2021: Dua perlawanan Euro 2020 berlangsung awal pagi tadi masing-masing melibatkan Kumpulan B dan Kumpulan C. Belanda menewaskan Austria dengan jaringan 2-0 yang meletakkan pasukan Oranje di kedudukan teratas Kumpulan C dengan enam mata. Perlawanan lain dalam kumpulan ini sebelum itu, Ukraine mengalahkan Macedonia bagi mengutip mata kemenangan pertama melalui jaringan 2-1. Selepas dua perlawanan kumpulan, Macedonia berada di kedudukan terbawah. Ukraine di kedudukan kedua walaupun berkongsi mata sama dengan Austria. Denmark mengalami kekalahan kedua, kali ini tewas kepada Belgium dengan keputusan 1-2. Belgium menduduki kedudukan teratas Kumpulan B dengan… Read More