Banjir di Nusa Tenggara Timur, 44 disahkan terkorban

JAKARTA: Seramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di wilayah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Perkara itu disahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, pada Ahad. Puluhan rumah di beberapa desa di wilayah berkenaan ditenggelami lumpur akibat banjir selain ditimbusi tanah runtuh. Cabaran di lapangan adalah akses satu-satunya ke tempat kejadian adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian. Hujan lebat sejak tiga hari lepas di… Read More

Bomba selamatkan RM13 bilion harta tahun 2020

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan taksiran harta yang berjaya diselamatkan akibat kebakaran bernilai RM13 bilion sepanjang tahun lepas, berbanding RM48 bilion pada 2019. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penurunan drastik sebanyak 72.9 peratus itu disebabkan bilangan panggilan kes kebakaran yang rendah semasa pandemik Covid-19 melanda negara. “Perkembangan positif ini turut dicatatkan dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Response Time di bawah 10 minit iaitu meningkat sebanyak 5.97 peratus, daripada 53.12 peratus pada 2019 kepada 59.0 peratus pada 2020. “Disusuli pula… Read More

Gempa bumi kuat landa selatan Kepulauan Shetland

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Kepulauan Shetland 7.36 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 2,556 kilometer (km) selatan dari Puerto Montt, Chile, dengan kedalaman 45km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

NGO tempatan bantu misi bantuan bencana MP Ampang di Pahang

19 Januari, TEMERLOH: Misi bantuan bencana banjir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap diteruskan walaupun berlaku kesukaran merentas negeri kerana PKP. NGO tempatan, AZRB telah menghantar sumbangan beras YB Hajah Zuraida ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah jam 1:30 tengahari. Turut disumbangkan oleh NGO ini adalah sejumlah 160 helai telekung kepada mangsa banjir terlibat. Kelab Berbasikal Ampang (MCC Ampang) juga turut terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ini ke Temerloh, Lanchang dan Raub.