Bangunan IPK Pahang terbakar, tiada kemalangan jiwa

6 JUN 2021, KUANTAN: Satu insiden kebakaran berlaku di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. “Kejadian itu disedari anggota yang bertugas dan segera menghubungi bomba,” katanya di sini, pada Ahad. Sementara itu, jurucakap bomba berkata, empat jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.05 petang. _ASTRO AWANI

Bomba: Lima peratus kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat belum padam

SHAH ALAM, 7 MAC: Tinggal lima peratus daripada lapan kompartmen kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar belum dipadamkan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata kawasan terbabit ialah kompartmen 17, manakala kompartmen 7, 12, 13, 14, 15, 16 dan 20 sudah padam sepenuhnya, lapor Harian Metro. “Selain pemadaman secara terus melalui darat dan bantuan pengeboman air dari udara, hujan malam tadi dan pagi ini juga membantu mempercepatkan pemadaman kebakaran di kawasan itu,” kata Norazam Khamis. Beliau menambah pasukannya turut berdepan cabaran memadamkan kebakaran dari udara hari ini disebabkan cuaca… Read More

Kilang stor bawang terbakar di Taman Medan

10 Februari, TAMAN MEDAN: Sebuah kilang simpanan bawang di kawasan perindustrian ringan PJS 3, Taman Medan terbakar petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 3:30 petang. Asap hitam menjulang naik kesan api marak kerana angin bertiup kuat ketika kebakaran bermula. Kebakaran itu juga telah menyebabkan tiga buah kereta yang diletakkan dalam kawasan parkir apartment bersebelahan kilang turut musnah terbakar disambar api. Empat jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia Petaling Jaya membantu memadam dan mengawal kebakaran._PPI