Bentong bakal dinaiktaraf sebagai bandaraya kedua Pahang

22 Februari, MARAN: Bandar Bentong bakal menjadi bandaraya kedua di Pahang selepas Kuantan menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam sidang media di Maran. “Permohonan oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Bentong diangkat sebagai Majlis Bandaraya. Dari segi pendapatan, Bentong telah mencapai tahap untuk dinaiktaraf.” kata Datuk Zuraida Kamaruddin. “Walaupun jumlah penduduk belum mencapai 500 ribu, kita akan melihat kapasiti dan pembangunan yang ada di sana.” menurut beliau lagi. Menurut beliau lagi, jika mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan, Bentong akan dinaiktaraf sebagai bandaraya pada Jun 2021 nanti. Bentong terkenal sebagai pusat utama… Read More

Tanah runtuh di Jalan Lama Bentong-Raub

3 Januari, BENTONG: Tanah runtuh dilaporkan berlaku di jalan persekutuan iaitu di seksyen 3.00 Jalan Lama Raub-Bentong. Laporan bencana tersebut telah dikeluarkan oleh JKR Daerah Bentong hari ini. Kejadian tanah runtuh di lokasi kejadian berlaku pada jam 11:50 pagi tadi. Hujan berterusan sejak semalam menjadi punca utama kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi sekitar Pahang.