20 orang terbunuh serangan Israel ke Gaza

Baitulmaqdis: Israel melancarkan serangan ke Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh Hamas dan kumpulan Palestin lain, susulan insiden keganasan di laman Masjid Al-Aqsa di sini. Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas, manakala 65 individu lain cedera, kata pihak berkuasa Gaza. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Hamas melepasi ‘garisan merah’ apabila menyasarkan peluru berpandu ke arah Baitulmaqdis dan rejim itu akan bertindak balas. Tentera Israel berkata, 150 roket dilancarkan dari Gaza, dengan puluhan ditembak oleh sistem pertahanan udaranya, tanpa sebarang kemalangan… Read More

Banjir di Nusa Tenggara Timur, 44 disahkan terkorban

JAKARTA: Seramai 44 orang disahkan terkorban setakat ini dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di wilayah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Perkara itu disahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, pada Ahad. Puluhan rumah di beberapa desa di wilayah berkenaan ditenggelami lumpur akibat banjir selain ditimbusi tanah runtuh. Cabaran di lapangan adalah akses satu-satunya ke tempat kejadian adalah menyeberang laut ke Pulau Adonara. Hujan, angin dan gelombang laut ketika ini menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian. Hujan lebat sejak tiga hari lepas di… Read More

Wuhan kembali sediakala selepas setahun

PADA 23 Januari 2020, dunia pertama kali menyaksikan langkah lockdown dilaksanakan di Wuhan selepas ibu kota wilayah Hubei di China itu dipercayai menjadi pusat wabak Covid-19. Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa turut terkejut dengan sekatan ketat termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal selama 76 hari yang dikuatkuasakan terhadap kira-kira 11 juta penduduk yang dilakukan dua hari menjelang sambutan Tahun Baru China. Bandar itu ditutup sepenuhnya sehingga Jun 2020 bagi membendung penularan wabak tersebut dan terbukti kaedah lockdown berjaya mendatarkan keluk jangkitan. “Saya rasa Wuhan sudah agak selamat ketika ini berbanding… Read More

Gempa bumi kuat landa selatan Kepulauan Shetland

KUALA LUMPUR, 24 Jan — Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Kepulauan Shetland 7.36 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 2,556 kilometer (km) selatan dari Puerto Montt, Chile, dengan kedalaman 45km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.