COVID-19: Saringan berskala besar di ladang punca peningkatan kes di Sabah

KOTA KINABALU, 19 Jan — Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang giat dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di ladang dan kilang terutama di kawasan pantai timur Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 526 kes berbanding 432 kes yang dicatatkan semalam. “Sebanyak 73 kes adalah dari Ladang Baturong Kunak, Ladang GNG Kinabatangan (15 kes), Ladang Matamba Lahad Datu (20 kes) dan Ladang dan… Read More

Thunderstorm warning in Selangor, Sarawak, Sabah

KUALA LUMPUR, Jan 14 — The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorm, heavy rain and strong winds for the districts of Kuala Selangor, Klang and Kuala Langat, all in Selangor. In a statement issued today, MetMalaysia said a similar weather condition is also forecast in Miri (Marudi) and Limbang, in Sarawak. In the interiors of Sabah, involving Sipitang, Tenom, Kuala Penyu and Beaufort, a similar weather condition is also expected, while in Labuan, thunderstorm is expected until 9 am today.

Amaran ribut petir di Selangor, Sarawak dan Sabah

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak. Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga 9 pagi ini.

Aktiviti ekonomi negara terus berfungsi sepanjang tempoh darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa aktiviti ekonomi negara akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat namun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan turut memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat dapat terus bekerja manakala perniagaan, perdagangan dan industri mampu beroperasi seperti biasa. “Kerajaan juga komited untuk memastikan amalan-amalan tadbir urus terbaik terus diamalkan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat ini. “Organisasi kawal selia negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Bank Negara… Read More