Projek blok tambahan naiktaraf fasiliti Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah

9 Mac, KUALA PILAH: Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akan lengkap memiliki fasiliti moden apabila blok tambahan yang bakal dibina siap nanti. Projek blok tambahan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith dalam Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah Projek Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Menurut Eddin (gambar), projek ini akan dijalankan secara reka dan bina serta tender terbuka pra kelayakan. Bangunan tambahan yang akan dibina ini dengan kapasiti yang memuatkan 144 katil pesakit memiliki 6… Read More

800 ahli Penggerak NS serah borang keahlian sertai Bersatu

12 Disember, SEREMBAN: Bersatu Negeri Sembilan hari ini telah menerima 800 borang keahlian daripada Penggerak Negeri Sembilan. Majlis penyerahan borang keahlian tersebut telah berlangsung di Pejabat Perhubungan Negeri Bersatu Negeri Sembilan di Jalan Dato Muda Linggi, Seremban. Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus telah menyampaikan 800 borang keahlian ahli-ahli Penggerak Negeri Sembilan kepada Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir seluruh pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan Penggerak Negeri Sembilan. Pimpinan Penggerak Negeri Sembilan yang hadir adalah Rosman Jonet (Timbalan Pengerusi), Naib-naib Pengerusi… Read More

Mantan Adun Chuah Sertai Bersatu

10 Disember, SEREMBAN: Mantan Adun Chuah, Chai Tong Chai hari ini telah menyertai Bersatu. Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Kampung Baru Cina telah menyerahkan Borang Permohonan Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Chai Tong Chai adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah dua penggal (2008-2018) lalu, pernah menjawat jawatan Ketua Cabang PKR Telok Kemang (2014-2018). Penyertaan beliau ini akan meneruskan momentum kemasukan Bukan Bumiputera ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Negeri Sembilan muktahir ini. Bersatu Negeri Sembilan amat bertuah kerana dua… Read More

200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More