Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada akhir Nov 2020 – BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada akhir November 2020, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.51 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).  BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang. Menurut bank pusat, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran… Read More

MTUC gesa kerajaan, BNM lanjutkan moratorium enam bulan lagi

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah untuk memastikan pihak bank melanjutkan tempoh moratorium sedia ada kepada sekurang-kurangnya enam bulan lagi. Menerusi kenyataan hari ini, Setiausaha Agung, J. Solomon berkata lanjutan itu perlu diberikan terutama kepada kumpulan pekerja sasaran yang masih tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Ini akan merangkumi majoriti daripada 800,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga April tahun ini dan ribuan lagi yang terpaksa mengalami pemotongan gaji atau diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan masing-masing, katanya. Beliau berkata untuk bank mengamalkan sikap… Read More