EPL: The Red Devils Tewas Di Arena Sendiri

20 September, Old Trafford: Manchester United memulakan langkah kiri apabila tewas di gelanggang sendiri dalam perlawanan pertama mereka Liga Perdana Inggeris malam tadi. The Red Devils telah dimalukan oleh Crystal Palace dengan jaringan 3-1. Lebih memilukan bekas pemain mereka, Wilfried Zaha menjadi pemusnah kepada The Red Devils. Zaha telah menjaringkan gol pada minit 74 dan penalti pada minit 85. Jaringan awal Crystal Palace oleh Townsend pada minit 7 perlawanan. Jaringan tunggal Manchester United telah dihasilkan pada minit 80 oleh pemain gantian Van de Beek. Perlawanan pertama ini seharusnya menjadi pembukaan cemerlang buat… Read More

Sukan |EPL: Keputusan perlawanan pertama

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/2021 telah membuka tirai kelmarin dan malam tadi. Berikut adalah keputusan empat perlawanan yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.

Sukan |Liga Super: JDT Belasah Perak 7-0

5 September-Johor Darul Takzim mengukuhkan kedudukan puncak Liga Super dengan kemenangan besar membelasah Perak 7-0 di Larkin, malam tadi. JDT masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan liga. Terengganu pula gagal mengurangkan defisit mata untuk mengekori rapat JDT setelah tewas dengan Melaka dengan jaringan 1-0. Selangor dan Melaka mengutip sembilan mata setelah masing-masing menewaskan lawan, Selangor mengalahkan tuan rumah Sabah dengan jaringan 2-1.

Sukan |Perlawanan Liga Super Hari Ini

Liga Super meneruskan saingan malam ini membabitkan sembilan pasukan. Perlawanan keenam liga tumpuan antara Johor Darul Takzim menentang Perak di Larkin malam nanti.