Sukan |Perlawanan Liga Super Hari Ini

Liga Super meneruskan saingan malam ini membabitkan sembilan pasukan. Perlawanan keenam liga tumpuan antara Johor Darul Takzim menentang Perak di Larkin malam nanti.

Sukan |Kedudukan Liga Super Malaysia

Berikut adalah kedudukan semasa pasukan-pasukan Liga Super selepas perlawanan kelima liga pada 29 Ogos 2020. Johor Darul Takzim FC (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah bagi kekal di kedudukan teratas liga dengan 13 mata. Mengekori rapat dengan beza tiga mata adalah pasukan Terengganu.

Sukan |Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

ROME: Penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic menandatangani sambungan kontrak setahun bersama AC Milan, umum kelab gergasi Itali itu hari ini. Pemain antarabangsa Sweden itu yang akan berusia 39 tahun pada Oktober, kembali menyertai Milan pada Januari dan akan kekal di San Siro hingga penamat Jun 2021 #BHsukan

Sukan | Esok saingan penutup EPL musim ini

Liga Perdana Inggeris musim ini sangat istimewa buat Liverpool meraih kejuaraan EPL setelah liga berehat sementara akibat wabak Covid-19. Kehebatan The Reds diakui tiap pasukan dalam EPL, sejak awal musim pasukan bimbing J├╝rgen Klopp memperlihatkan kesungguhan memenangi tiap perlawanan dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah 20 perlawanan berturut. Esok (26 Julai 2020) menjadi saingan penutup EPL musim 2019/20. Dua pasukan teratas liga iaitu Liverpool dan Manchester City samada menang, seri atau kalah tidak akan mengubah sebarang kedudukan masing-masing. Manakala dua pasukan bawahan liga, Norwich City dan Bournemouth secara matematik sudah pun tersingkir… Read More