Euro 2020: Itali, Wales melangkah ke pusingan kalah mati

21 Jun 2021, BAKU: Itali dan Wales melangkah ke pusingan kalah mati selepas perlawanan ketiga Kumpulan A awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan ini dan Belanda merupakan tiga pasukan terawal layak ke pusingan kalah mati Euro 2020. Peringkat kalah mati akan melibatkan 16 pasukan. Itali mengalahkan Wales dengan keputusan 1-0. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh pemain pertahanan, Matteo Pessina pada minit 39. Walaupun tewas, Wales turut layak dengan kedudukan kedua Kumpulan A berkelebihan satu jaringan berbanding Switzerland. Wales seri dengan Switzerland pada perlawanan pertama dan menumpaskan Turki dalam perlawanan kedua. Switzerland pula… Read More

Euro 2020: Jerman belasah Portugal, saingan terbuka Kumpulan F

20 Jun 2021: Saingan Kumpulan F yang merupakan kumpulan maut Euro 2020 kini terbuka kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya. Awal pagi ini, Jerman membelasah Portugal 4-2 bagi meraih tiga mata kemenangan pertama yang sebelum itu tewas kepada Perancis semasa perlawanan pembukaan kumpulan pada 16 Jun 2021. Portugal menjaringkan gol awal melalui penyerang sensasi, Christiano Ronaldo pada minit 15 mendahului Jerman. Namun kelonggaran pertahanan Portugal gagal mengimbangi permainan pantas Jerman yang terus menerus mengasak sehingga pemain-pemain pertahanan Portugal melakukan kesilapan. Asakan pantas Jerman menyebabkan Portugal menghadiahkan dua gol sendiri kepada… Read More

Euro 2020: Pertemuan hambar England-Scotland catat keputusan seri

19 Jun 2021: Pertemuan antara dua pasukan tradisi Britain iaitu England dan Scotland awal pagi tadi berakhir dengan keputusan seri. Perlawanan dalam Kumpulan D ini begitu hambar dan membosankan. England menduduki tangga kedua kumpulan dengan mencatat empat mata. Manakala Scotland menghuni tangga terbawah Kumpulan D dengan satu mata. Peluang dalam Kumpulan D masih terbuka kepada semua pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya. Republik Czech turut mencatat empat mata tetapi menduduki tangga teratas kumpulan kerana perbezaan kelebihan tiga jaringan berbanding England dengan dua jaringan. Satu lagi perlawanan Kumpulan D sebelum itu antara Croatia… Read More

Bintang Ukraine ejek Ronaldo, Pogba

Bucharest: Pemain sayap Ukraine, Andriy Yarmolenko secara berseloroh mengejek Cristiano Ronaldo dengan meminta Coca-Cola dan Heineken untuk menajanya. Ronaldo, 36, menjadi tumpuan minggu ini pada sidang media selepas dia mengalihkan dua botol Coca-Cola dari mejanya dan meminta orang ramai minum air kosong. Perkara sama dilakukan oleh Paul Pogba, yang beragama Islam dan tidak meminum alkohol, apabila dia mengalihkan bir Heineken dari mejanya pada sidang media selepas Perancis melakar kemenangan ke atas Jerman. Bintang Itali, Manuel Locatelli turut mengalihkan botol Coca-Cola dari mejanya pada sidang media. Bagaimanapun Yarmolenko mengambil pendekatan berbeza pada sidang… Read More