Penggerak NS jalin kerjasama strategik dengan Bomba Malaysia

8 Disember, PUTRAJAYA: Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya. Rosman yang juga Timbalan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan telah bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yang Amat Setia Dato’ Seri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid tengahari tadi. Kedua-dua mereka telah membincangkan beberapa perkara strategik khususnya program-program yang boleh dijalankan bersama antara Bomba Malaysia dengan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Negeri Sembilan. Semasa pertemuan itu juga, Dato’Seri Mohammad Hamdan turut menerangkan… Read More

Rencana |DASAR KOMUNITI NEGARA DAN RUANG EKSPRESI SOSIAL

Ketika Dasar Komuniti Negara (DKN) baharu diperkenalkan, terdapat kritikan mengatakan dasar ini tidak bersifat inklusif oleh seorang pensyarah di salah satu universiti tempatan. Kritikannya begini; “Jika hanya tertumpu kepada kawasan perumahan berstrata kos rendah di bandar, bagaimana pula komuniti bandar yang duduk di kawasan komuniti berpagar, komuniti pelarian dan migran?” Persoalan-kritikan pensyarah ini mengajak kita berfikir, kenapa Dasar Komuniti Negara fokusnya pada kawasan perumahan berstrata kos rendah di bandar. Dalam teori realisme, perkembangan manusia sangat terkait dengan keadaan persekitarannya, atau dipanggil material lingkungannya. Dalam masyarakat yang tinggal di kaki gunung, kebarangkalian melahirkan… Read More

Cadangan Kenaikan Elaun Tugasan, Penghargaan Kepada Bomba Bantuan

PUTRAJAYA: Kertas cadangan kenaikan elaun tugasan anggota bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam sudah dilengkapkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cadangan kenaikan elaun tugasan ini bakal memberi manfaat kepada 25,000 anggota bomba bantuan seluruh negara. Ini suatu langkah cukup bermakna buat para sukarelawan yang terlibat sebagai anggota bomba bantuan. YBM Hajah Zuraida Kamaruddin diketahui umum antara menteri yang gigih mempertingkatkan khidmat pasukan bomba termasuk bomba bantuan yang juga barisan hadapan negara. _PPI

Kunjungan Bomba Negeri, Kukuh Hubungan Bomba Sukarelawan

Bomba Sukarela merupakan sebahagian daripada unit masyarakat di ‘barisan hadapan’. Unit ini sebenarnya berperanan mengukuhkan semangat setiakawan dan muafakat masyarakat. Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan dan wakil-wakil Jabatan Bomba Negeri Sembilan bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah berkunjung ke Balai Bomba Sukarela Pertang di Pekan Pertang, Jelebu. Balai Bomba Sukarela Pertang mempunyai 21 anggota sukarelawan terlibat. Unit sukarelawan ini telah ditubuhkan lebih 20 tahun dulu yang bermatlamat memupuk semangat intergrasi antara kaum. Mereka turut meninjau kelengkapan balai bomba sukarelawan ini yang mempunyai sebuah jentera… Read More