Ular tedung masuk baju budak

PONTIAN: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun, terpaksa mengharungi detik cemas hampir setengah jam apabila seekor ular tedung memasuki baju dipakainya, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari.null Beliau berkata, sebuah jentera bersama tiga anggota diketuai Ketua Operasi, Mohd Noor Parmon, dikejarkan ke lokasi kejadian di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi. Katanya, sejurus tiba di lokasi, pasukan itu mengesan seekor anak ular tedung hitam sepanjang kira-kira 0.5 meter berada di dalam baju mangsa. “Ular itu dipercayai memasuki baju ketika… Read More

Pasang video kartun tenangkan budak tersepit kaki hampir tiga jam

Pasir Gudang: Bomba bertindak menyiarkan video kartun daripada telefon bimbit untuk memenangkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ketika operasi mengeluarkan kaki kiri budak itu yang tersepit dalam lubang tandas selama hampir tiga jam. Kejadian berlaku di rumah kedai di Jalan Serangkai 5, Taman Bukit Dahlia, di sini, malam tadi, selepas kanak-kanak itu bersama adik-beradiknya mandi di dalam bilik air tingkat dua premis berkenaan. Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.51 malam dan sepasukan lapan anggota… Read More

Wanita, dua anak saudara dipatuk ular tedung tikus

SEKINCHAN – Seorang wanita yang sedang memandikan dua anak saudaranya berdepan detik cemas apabila ketiga-tiga mereka dipatuk ular tedung tikus di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Tali Air 7, Ban Lesen Sekinchan, di sini pada Jumaat. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang. Menurutnya, seramai tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik kami tiba ke lokasi kejadian, jiran memaklumkan mangsa berusia 24 tahun dan dua anak saudaranya berusia… Read More

Kilang stor bawang terbakar di Taman Medan

10 Februari, TAMAN MEDAN: Sebuah kilang simpanan bawang di kawasan perindustrian ringan PJS 3, Taman Medan terbakar petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 3:30 petang. Asap hitam menjulang naik kesan api marak kerana angin bertiup kuat ketika kebakaran bermula. Kebakaran itu juga telah menyebabkan tiga buah kereta yang diletakkan dalam kawasan parkir apartment bersebelahan kilang turut musnah terbakar disambar api. Empat jentera Bomba dan Penyelamat Malaysia Petaling Jaya membantu memadam dan mengawal kebakaran._PPI