πˆππ“πˆππ€π“πˆ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ ππ€πŠπ„π‰ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ‡π€π’

18 Januari, PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion. Intipati-intipati PERMAI adalah; πŸ“ŒSebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama πŸ“ŒKerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari πŸ“ŒPemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini πŸ“ŒKetelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 πŸ“ŒKerajaan tambah lebih… Read More

Bayaran Kepada 11.06 Juta Penerima BPN2.0, Termasuk Pemohon Baharu, Mulai 21 Januari 2021β €

Merujuk kepada pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kementerian Kewangan memaklumkan bayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta sekitar 460 ribu penerima baharu akan dipercepatkan. β €β €β €β €Penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu. Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu;β €β €https://bpn.hasil.gov.my. β €β €β €β €β €BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan… Read More

Semak Status Permohonan BPN 2.0 Anda

Semua warganegara Malaysia boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lepas. Semakan status bermula hari ini (15 Oktober 2020).

Semakan status permohonan dan rayuan BPN 2.0

Kerajaan pada September lalu telah mengumumkan Bantuan Prihation Nasional (BPN) 2.0 sebagai bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat berikutan COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan. Bermula hari ini, semakan penerima BPN 2.0 boleh dibuat melalui portal rasmi BPN iaituΒ https://bpn.hasil.gov.my/. Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0, permohonan baharu dan rayuan boleh dikemukakan mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Semakan Status Dan Permohonan Baharu Bantuan Prihatin 2.0 Boleh Dibuat Bermula Hari Ini