Penerima BSH dapat bantuan khairat kematian

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata, tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, Abdul Rahim berkata, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal. ”Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan… Read More

Bayaran BSH fasa 3 dibuat sebelum akhir Julai – Tengku Zafrul

Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Fasa 3 melibatkan penerima bukan di kawasan pendalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata implikasi kos bagi Fasa 3 bayaran BSH itu adalah sebanyak RM3 billion yang melibatkan seramai 5 juta penerima iaitu masing-masing 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. “Penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum empat orang anak. “Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak… Read More