Sumbangan peralatan sanitasi bantu komuniti proses sanitasi kendiri

13 Mac, AMPANG: Seramai 20 wakil persatuan penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana menerima sumbangan peralatan sanitasi yang disampaikan sendiri Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Zuraida Kamaruddin di Dewan Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa. Pihak Bomba turut membuat simulasi penggunaan peralatan sanitasi untuk sebarluaskan kepada komuniti berkenaan proses sanitasi kendiri di rumah. Bersempena Program Malaysia Prihatin Parlimen Ampang hari ini, YB Zuraida Kamaruddin turut menyerahkan cek sumbangan kepada Surau Bukit Mulia. _PPI

Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa

Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar. Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini. Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang. Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara

Gangguan Bekalan Air: PeKT Bukit Antarabangsa pasang paip air bukit

19 Oktober, Bukit Antarabangsa: Penggerak Komuniti Negara Bukit Antarabangsa telah menggerakkan inisiatif gotong royong memasang paip daripada punca air bersih di kaki bukit hari ini. Usaha sementara ini adalah untuk membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar mendapatkan air bersih sementara menanti bekalan air dipulihkan. Tindakan pantas Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Antarabangsa menjadi alternatif buat penduduk-penduduk yang terkesan dengan gangguan air tidak berjadual di sekitar Bukit Antarabangsa.

Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini. Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang. Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir. Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.