Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah petang ini seiring dengan pergerakan pasaran serantau di tengah-tengah tekanan inflasi yang kian memuncak dan kebangkitan semula pandemik, kata seorang penganalisis. Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.51 mata atau 0.16 peratus kepada 1,519.97, daripada penutupan 1,522.48 Jumaat minggu lalu. Indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,522.67 dan bergerak antara 1,518.73 dan 1,533.80 sepanjang sesi urus niaga hari ini. Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 511 berbalas 456 sementara 470 kaunter… Read More