Kita sudah buat yang terbaik – Mohd Sharim

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain melahirkan rasa syukur setelah selesai membuang undi pada jam 9.10 pagi tadi. Mohd Sharim yang ditemani isterinya, Norhiliyana Abdul Majid berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk pengundi Chini dan kini terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan. “Bagi saya SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sebaik mungkin dan dalam suasana yang ramai kita tidak dapat kawal tapi kita cuba untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh SPR. “Kita doakan kejayaan untuk BN,” katanya selepas selesai membuang undi di Sekolah Kafa Felda Chini 3, pagi… Read More

13 pusat pengundian PRK DUN Chini dibuka jam 8 pagi ini

Semua 13 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dibuka jam 8 pagi bagi membolehkan 20, 816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini Ia melibatkan 65 saluran mengundi di beberapa buah sekolah, dewan dan balai raya. Proses pengundian akan ditutup jam 5.30 petang sebelum semua peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Paloh Hinai di sini. Seramai 156 pengundi biasa bagi PRK ini mengundi secara pos, manakala 17 pengundi dalam kalangan anggota polis mengundi melakukan pengundian awal pada 30 Jun… Read More

Najib, Azmin sarapan semeja

CHINI – Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan dua pemimpin politik yang dahulunya seteru kini mampu duduk semeja. Dalam siri kempen ke Kampung Kuala Mentiga, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dikunjungi Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.https://2d275e77de1670ba6b8034c6416d210c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html Azmin yang tiba di Kampung Kuala Mentiga dilihat duduk bersama satu meja dengan Najib untuk bersarapan bersama. Ini kali pertama kedua-dua mereka dilihat makan semeja sejak terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lalu. Untuk rekod, ini kali pertama Azmin dilihat menyokong… Read More