Covid-19: Empat kes kematian, 1285 kes baharu positif harian

KUALA LUMPUR, 08 April: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 1,285 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 355,753 kes. 1,175 kes sembuh dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 340,242 kes. Kadar kepulihan setakat ini adalah 95.64% Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes maut 1,308 kes.
941 kes positif harian dicatat hari ini

KUALA LUMPUR, 29 March: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 941 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 342,885 kes. Hanya negeri Selangor yang mencatatkan kes positif harian melebihi angka 200 iaitu 219 kes baharu. Manakala tiga lagi negeri mencatat kes positif baharu melebihi angka 100 iaitu Sarawak (192), Johor (171) dan Pulau Pinang (164). Negeri-negeri lain pula mencatat angka di bawah angka 100 adalah Kuala Lumpur (57), Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18) dan Kedah (13). Catatan kes rendah di negeri Melaka (8), Pahang (5), Perak… Read More
Giat tangkap kelawar, ‘pemburu virus’ ini berharap mampu halang pandemik seterusnya

LOS BANOS: Sekumpulan para penyelidik lengkap dengan sut pelindung dan lampu di kepala, bergegas untuk melepaskan kuku dan sayap kelawar yang tersangkut pada rentangan jaring pada waktu malam di Laguna, Filipina. Haiwan kecil itu kemudiannya ditempatkan di dalam beg kain untuk diukur dan diambil calitan. Maklumat direkodkan sementara sampel air liur dan najis turut diambil untuk analisis. Haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke habitat liar. Kumpulan penyelidik yang menamakan diri mereka sebagai ‘pemburu virus’ itu ditugaskan untuk menangkap ribuan kelawar. Ia bagi membangunkan model simulasi yang mereka harap mampu membantu dunia menghindari… Read More