Kakitangan sokongan perlu lengkap vaksin sebelum masuk sekolah

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hanya membenarkan pekerja perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK), perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) serta bekalan makanan mentah (BMM), yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 memasuki premis sekolah. la bagi memastikan usaha KPM mencapai imuniti kelompok di kawasan sekolah. Arahan itu yang dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh 3 September lalu, menyatakan kebenaran itu terpakai untuk penerima dos lengkap yang sudah melepasi hari ke-14 daripada tarikh kedua suntikan untuk vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac. Bagi penerima vaksin satu dos keluaran syarikat Johnson & Johnson… Read More

Peralihan Fasa 2 di Lembah Klang beri impak besar sektor pelancongan

Shah Alam: Peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan. Presiden Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (Saftta), Dr Fathir Badri berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2 PPN. Katanya, ia pastinya memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan terutamanya pemilik hotel dan inap desa yang dapat kembali beroperasi. “Peralihan ini juga dapat merancakkan kembali sektor pelancongan yang ketika ini sangat lesu. “Kami percaya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri… Read More

BPMB tawar skim pembiayaan perniagaan RM5.6 bilion

KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menawarkan lima skim pembiayaan bernilai RM5.6 bilion bagi memudah dan menyokong perniagaan dalam tempoh mencabar akibat COVID-19. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Arshad Mohamed lsmail, berkata skim pembiayaan yang ditawarkan itu adalah tambahan kepada kemudahan perbankan korporat yang ditawarkannya. “Skim ini ditawarkan pada kadar pembiayaan pilihan yang menyasarkan sektor strategik utama iaitu digitalisasi, kelestarian, maritim & logistik, Pelancongan serta pengangkutan awam. “Menuju ke hadapan, BPMB akan terus memainkan peranan penting untuk mendukung pemulihan ekonomi Malaysia dengan menyelaraskan strategi bank dengan inisiatif kerajaan terhadap… Read More

KPDNHEP pastikan peniaga patuh, jual kit RTK ikut harga siling

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa 204 premis perniagaan di seluruh negeri itu yang menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19. Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata, sehingga semalam tidak ada peniaga dan pengusaha farmasi yang didapati menjual kit ujian kendiri itu pada harga tidak munasabah. Katanya, golongan berkenaan diberi tempoh seminggu sehingga Ahad ini untuk membuat penyelarasan supaya mengikut harga siling yang ditetapkan iaitu RM19.90 bagi harga runcit maksimum dan RM16.00 untuk harga maksimum borong. “Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Akta… Read More