Penerima BSH dapat bantuan khairat kematian

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata, tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, Abdul Rahim berkata, penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal. ”Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan… Read More