Perbincangan Majlis Raja-Raja Melayu jadi tumpuan

KUALA LUMPUR : Tumpuan seluruh negara terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara, Rabu ini selepas 15 ketua parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Perbincangan itu adalah yang kedua berlangsung di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Januari 2019 dengan yang pertama berlangsung pada 25 Oktober 2020. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin minggu lalu menyatakan perbincangan atas inisiatif Al-Sultan Abdullah itu berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan… Read More

DUN Sarawak: Pembubaran digantung sehingga tamat darurat – Speaker

KUCHING: Tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang matang hari ini dilanjutkan sehingga proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan. Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam kenyataannya hari ini berkata, notis lanjutan itu telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menerusi emel hari ini. Jelas Asfia, dalam notis tersebut turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sarawak. “Namun demikian, disebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa pada… Read More

Pembubaran DUN Sarawak tidak berlaku 6 Jun

KUALA LUMPUR – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan berlaku pada 6 Jun depan. Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana kerajaan Sarawak masih lagi tertakluk kepada ordinan darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan. “Orang buat tanggapan bahawa DUN secara automatik akan terbubar pada 6 Jun ini tetapi sebenarnya tidak akan berlaku. “Pengisytiharan darurat telah menggantungkan perlembagaan Malaysia dan juga semua negeri termasuk Sarawak. Kalau darurat tidak dibubar, maknanya perlembagaan dalam penggal ini masih tergantung,” katanya pada sidang akhbar Majlis… Read More

Tun Arifin, ketuai JK Khas Bebas Darurat, janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berjanji akan menjalankan tanggungjawab diberikan dengan sebaik mungkin. “Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda   Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Tuanku melantik saya ke jawatan ini. ”Insya-Allah, dengan kerjasama dan komitmen ahli-ahli jawatankuasa, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya selaras dengan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,” katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai pelantikannya. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Arifin dan 18 individu  lagi yang berkuat kuasa… Read More