Aktiviti ekonomi negara terus berfungsi sepanjang tempoh darurat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan bahawa aktiviti ekonomi negara akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat namun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan. Malah, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan turut memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat dapat terus bekerja manakala perniagaan, perdagangan dan industri mampu beroperasi seperti biasa. “Kerajaan juga komited untuk memastikan amalan-amalan tadbir urus terbaik terus diamalkan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat ini. “Organisasi kawal selia negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Bank Negara… Read More