Kitar Semula elak pencemaran saliran & sungai

Membudayakan amalan kebersihan sebagai suatu cara hidup adalah cabaran besar dalam suasana komuniti di negara ini yang tak menyeluruh peka terhadap alam sekitar. Inilah antara sembilan sasaran utama Dasar Kebersihan Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih menjelang tahun 2030 akan datang. Mengubah cara berfikir untuk membentuk sikap positif bukan mudah tetapi boleh dilaksanakan melalui disiplin masyarakat. Jangan terkejut sikap dan mentaliti seperti setinggan sebenarnya wujud dalam kelompok komuniti M40 dan T20. Kerap kali mentaliti gaya setinggan yang mengabaikan aspek kebersihan persekitaran, diri dan tempat tinggal dicontohkan kepada golongan B40 dan merempat…. Read More

Wabak Covid-19 bangkit kesedaran kebersihan masyarakat

Setiap peristiwa dan bencana alam yang melanda manusia pasti ada sebab musabab serta kesan baik buruk kepada sosiologi masyarakat. Wabak Covid-19 adalah suatu ancaman hebat kepada peradaban manusia dalam kurun ke-21. Ia menjadi gugatan terbesar seluruh dunia selepas Spanish Flu yang berlaku pada awal kurun ke-20 lalu (1918-1921). Masyarakat telah didedahkan maklumat khusus dan terperinci tentang virus Covid-19. Perkembangan teknologi komunikasi terutama teknologi telefon bimbit android mempercepatkan sebaran informasi virus dan wabak Covid-19. Masyarakat menjadi peka khusus melibatkan hal kebersihan yang berkaitrapat dengan sebaran virus ini. Mungkin sebelum ‘kedatangan’ wabak Covid-19, ada… Read More

PKP: Sektor pembersihan awam jadi ‘barisan hadapan negara’

Sekiranya sektor pemungutan sisa pepejal dan pembersihan awam tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini, cukup sehari sahaja bertan-tan sisa pepejal dan sampah akan bertimbun di seluruh negara. Dua sektor ini adalah antara sepuluh sektor di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diberikan kebenaran operasi sepanjang tempoh PKP 3.0 sebagaimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan rasmi KPKT pada 1 Jun 2021. Kenyataan rasmi KPKT pada 1 Jun lalu itu telah menyatakan sektor yang terlibat ialah pajak gadai; pengurusan strata bagi pengurusan badan pemaju; pengurusan strata bagi pengurusan badan JMB atau MC;… Read More

Sedekad di Ampang: Cara Zuraida bikin institusi masyarakat aktif

10 Mei 2021, AMPANG: Genap 10 tahun YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memikul amanah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Ampang. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai wakil rakyat melibatkan urusan politik, ekonomi dan sosiologi kawasan Ampang dalam prestasi kerja jitu. Namun itulah yang telah berjaya dibuktikan oleh Zuraida. Inilah kelebihan beliau, bermula daripada gerakan akar umbi dan kekal keupayaan tahap tertinggi menjalankan tugas walaupun wakil rakyat wanita. Gerakan yang sangat aktif, membuat Zuraida Kamaruddin adalah pesaing politik kental. “Saya mahu berikan kredit kepada kerajaan pembangkang dahulu yang berjaya memperkenalkan sistem… Read More