Usahasama SWCorp-PKN menjayakan Dasar Kebersihan Negara

23 Mac, CYBERJAYA – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN) bertempat di Dewan Lestari, Ibu Pejabat SWCorp hari ini MoU telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Haji Ismail Mokhtar dan Nor Hizwan bin Ahmad, Pengerusi Penggerak Kamuniti Negara yang telah disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Usahasama strategik ini mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dan PKN selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai 300 ribu keahlian berdaftar seluruh negara. Jalinan kerjasama ini juga… Read More

Menteri KPKT mulakan tugas 1 Januari 2021

Walaupun 1 Januari 2021 adalah hari cuti umum seluruh dunia, namun berbeza dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang bersemangat memulakan tugas beliau. Kebetulan 1 Januari tahun ini jatuh pada hari Jumaat, yang merupakan penghulu segala hari mengikut kalendar Islam. Komitmen beliau terhadap tugas begitu tinggi. Sehari sesudah perayaan Hari Natal yang lepas, Hajah Zuraida terus melakukan lawatan kerja Menteri KPKT ke negeri Pulau Pinang dan Kedah. Hajah Zuraida juga berharap dapat melaksanakan tanggungjawab memberdayakan masyarakat B40 melalui Dasar Komuniti Negara dan memperkasa Dasar Kebersihan Negara bagi mewujudkan… Read More