PKN Hulu Langat bentuk pasukan bola sepak, aktifkan penglibatan sukan komuniti.

17 Mac, SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak persahabatan antara Team PKN Hulu Selangor dengan Team Polis Hulu Langat telah berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam malam tadi. Sebelum memulakan perlawanan, majlis perasmian pasukan bola sepak dan jersi rasmi PKN Hulu Langat telah dilangsungkan yang dihadiri Pengerusi PKN Selangor Tuan Haji Fauzi, Setiausaha PKN Selangor, Shazlee Nazlee dan Bendahari PKN Selangor Tuan Ismail Kamal. Perlawanan persahabatan sulung antara Team PKN Hulu Langat dan Team Polis Hulu Langat dimulakan dengan penyerahan jersi pasukan kepada setiap pemain. Pembentukan pasukan bola sepak ini adalah suatu langkah… Read More

Sumbangan mesin dodol bantu tingkat ekonomi komuniti

7 Mac, AMPANG: Usaha membantu ekonomi dan mempertingkatkan kemahiran komuniti, Pejabat Parlimen Ampang hari ini telah menyumbangkan mesin pembuat dodol kepada KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Wakil dari Pejabat Parlimen Ampang telah menyerahkan mesin berkenaan kepada wakil KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Sumbangan ini menjadi pemangkin buat komuniti setempat menjana pendapatan dan menjadi sumber ekonomi bagi memperkasakan keusahawanan masyarakat seiring Dasar Komuniti Negara.

Program gunting rambut percuma erat hubungan komuniti

17 Januari, GOPENG: Pagi ini Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng telah mengadakan Program Gunting Rambut Percuma “Back to school” di Jalan Besar Gopeng dalam Dun Teja. Program dimulakan dengan dirasmikan oleh Timbalan Polis Balai Gopeng, Sarjan Mejar Ravi. Seramai 60 orang peserta terdiri anak-anak tempatan termasuk sebahagiannya di kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli. Program dijalankan dengan lancar mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara. Program ini secara langsung mengukuhkan hubungan antara NGO Penggerak, agensi kerajaan (PDRM) dengan masyarakat setempat selain sebagai khidmat komuniti tempatan. _PPI

Penggerak Gopeng gotong royong bersih rumah warga emas

10 Januari, GOPENG: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng meneruskan momentum gerak kerja kemasyarakatan di Dun Teja melalui kerja gotong royong membersihkan halaman rumah kampung seorang warga emas di Kampung Pulai, Gopeng. Warga emas tersebut, Makcik Yah 63 tahun yang hidup bersendirian terpaksa menumpang di sebuah rumah usang sudah lebih 10 tahun lalu. Keadaan begitu menyedihkan dengan tempat tidur beliau hanya berlandaskan cadar tilam nipis dan berbantalkan kusyen lusuh. Hampir setiap bahagian dalam rumah akan basah jika hari hujan akibat bumbung yang bocor dan Makcik Yah terpaksa berganjak beberapa kali bagi mengelak dibasahi… Read More