Menteri KKMM umum Geran RM 10 Juta Sokong Komuniti Seni semasa Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 5 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini mengumumkan lebih 3,000 artis dan pekerja budaya akan menerima manfaat daripada sumbangan RM10 juta yang merupakan sebahagian daripada bantuan kewangan RM150 juta daripada Pelan PENJANA untuk Industri Kreatif. Inisiatif Pemulihan CENDANA, yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), ditubuhkan untuk menyokong sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf melalui tujuh program kewangan yang bertujuan membantu: ● individu, kumpulan, kugiran dan organisasi di mana geran tersebut dapat membantu mereka untuk pulih dalam situasi pandemik… Read More

Perikatan Nasional developing major coalition of political parties, says Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR, April 3 — Perikatan Nasional (PN), under the leadership of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, is developing a big coalition of political parties that will unite the people fairly, justly, inclusively and harmoniously in a new political mould, said Pahang PN chairman Datuk Saifuddin Abdullah. He was also confident that PN had learned from the weaknesses of Barisan Nasional (BN) and Pakatan Harapan (PH) that any decisions made by a coalition should be based on discussions and not dominated by one party. “In BN, Umno is the dominant party…. Read More

Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga – Saifuddin

PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembangunan sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastrukturnya termasuk pembinaan menara telekomunikasi dapat dipercepatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediakan perancangan air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabkan berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi. “Sekarang diminta pemaju menyediakan perancangan untuk kesalinghubungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik. “Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghubungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh… Read More

Perlu wujud gabungan besar dengan sebanyak mungkin parti demi kestabilan – Saifuddin

KUANTAN: Terdapat keperluan mewujudkan sebuah gabungan parti yang besar meliputi sebanyak mungkin parti politik, bagi memastikan kerajaan yang stabil, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, keutamaan kepada Bersatu Pahang adalah berusaha membuat gabungan yang kuat di setiap peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan Parlimen, selain menyifatkan mesyuarat penubuhan Perikatan Nasional (PN) negeri juga sebahagian ke arah itu. Mesyuarat penubuhan PN Pahang yang berlangsung di sini malam tadi, turut memilih Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebagai pengerusi…. Read More