KKM tak manipulasi data Covid-19, kata Dr Noor Hisham

26 Oktober, PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan memanipulasikan data Covid-19 yang dilaporkan pihaknya. Beliau berkata, data Covid-19 dikumpul KKM sehingga 12 tengah hari setiap hari menggunakan sistem maklumat kesihatan awam di setiap negeri. ”Ia bukan dilakukan saya seorang, tetapi bersama pasukan di sebalik tabir dari hari pertama (kes Covid-19). “Janganlah bila sifar (kes Covid-19) dicatatkan, data itu diterima, tetapi bila 1,000 kes dicatatkan, ada pihak yang tidak terima data tersebut,” katanya menjawab soalan pada sidang media semalam. Beliau berkata, perbincangan turut dilakukan dalam menentukan sesuatu kluster…. Read More

COVID-19: Malaysia sudah laksana penjujukan genom – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 22 Okt — Penjujukan genom virus COVID-19 membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perancangan untuk meningkatkan kesiapsiagaan menangani pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah pun menjalankan jujukan genome tetapi bukan pada semua kes dikesan positif namun bergantung kepada kluster. “Daripada awal lagi kita telah laksanakan, contohnya perhimpunan Sri Petaling didapati ada 692 jemaah dari Indonesia. Ketika itu andaian kita jangkitan itu mungkin datang dari Indonesia tetapi apabila kita melaksanakan genomic sequencing kita dapati sekarang jangkitan itu daripada strain Indonesia. “Jadi kita tahu pada permulaan… Read More

COVID-19: Tujuh kes baharu libatkan lima penularan dalam negara, dua import

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Sebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di negara ini sebanyak 9,274 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873095

Virus #COVID-19 dengan mutasi D614g dikesan dalam negara – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini bermakna masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1870746