Short News |Two New Clusters Detected

‪#COVID19: The Health Ministry has detected two more new COVID-19 clusters – the Kurau Cluster in Penang and the Meranti Cluster in Putrajaya, said Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. He said the Kurau Cluster involved two positive cases with the first, case number 9,050, reported on Aug 7, while the second, case number 9,082, was the brother-in-law of case 9,050.‬ ‪https://www.bernama.com/en/news.php?id=1868623#.Xy_ay90MdQ0.twitter‬

COVID-19: Kembali catat angka terendah, hanya satu kes dilaporkan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — COVID-19 kembali mencatat angka terendah apabila hanya satu kes baharu dilaporkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kali terakhir negara mencatat angka berkenaan adalah pada 1 Julai lepas. Dr Noor Hisham berkata dengan perkembangan itu jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,002 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 193 kes. “Ingin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang… Read More

Covid-19: Kluster Perhimpunan Sri Petaling tamat

Kluster Covid-19 terbesar di negara ini iaitu Kluster Perhimpunan Sri Petaling adalah diisytihar tamat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac lalu selepas seminggu perhimpunan tabligh berakhir. “Kes tersebut adalah pesakit ke-131 dan kes ke-136 yang dikesan di Pahang dan Negeri Sembilan,” katanya. Sumber : Sinar Harian

Malaysia dijangka catat sifar kes pertengahan Julai

Malaysia dijangka mampu mencatatkan sifar kes harian COVID-19 sekitar pertengahan bulan depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau yakin unjuran itu mampu dicapai sekiranya rakyat Malaysia kekal patuh dengan semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya menjaga penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan dan memakai pelitup separuh muka. “Selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita tidak mencatatkan peningkatan kes mendadak dan jumlah kes baharu masih terkawal, bererti kepatuhan rakyat sangat tinggi. “Jumlah kes baharu juga semakin berkurangan dengan beberapa kali mencatatkan… Read More