Kes positif kunjung-mengunjung Aidilfitri bertambah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku pertambahan kes positif Covid-19 bagi aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri yang lalu menjadikan keseluruhan dua kes hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan masih dijalankan melibatkan mereka yang terdedah dengan kes berkenaan. “KKM sedang menyiasat kontak rapat kepada kes ke-7756 iaitu seramai 43 orang tetapi 42 daripadanya negatif manakala yang positif ialah kes ke-8439. “Kesemua kontak rapat kes tersebut sudah diasingkan dan siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini. Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut… Read More

Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham

Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes. Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. dari 8 kes tersebut, 2 daripadanya adalah kes import. Manakala, 6 lagi kes adalah penularan tempatan. Daripada kes tersebut, 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan warganegara dari Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Dukacita… Read More

Tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan. “Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini). “Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya. Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu… Read More