Syarikat konglomerat Abu Dhabi bangunkan projek di Langkawi

30 Mac, KUALA LUMPUR: Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Widad Business Group (WBG) dan Bin Zayed Group (BZG), syarikat konglomerat berpengkalan di Abu Dhabi untuk projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi. Majlis tersebut telah disaksikan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri MITI, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor. Nilai anggaran pembangunan kasar (GDV) projek adalah RM40 bilion bagi membangunkan tanah seluas 1,979 ekar. Pembangunan projek ini dijangka dapat menjana 15,000 peluang pekerjaan dan memberi peluang kepada 1,000 usahawan… Read More

Sumbangan Prihatin Ramadhan kembali imarahkan masjid dan surau

28 Mac, AMPANG: Setahun selepas pelaksanaan PKP, masjid dan surau kini sudah kembali diimarahkan dengan kedatangan bulan Ramadhan beberapa minggu lagi. Hari ini lebih menarik dengan berlangsung Majlis Sumbangan Prihatin Ramadhan di Parlimen Ampang. Dua majlis sumbangan dilangsungkan di Masjid Jami’il Huda Ampang, Kampung Melayu Ampang dan di Masjid Bukit Indah, Ampang. Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berpeluang beramah mesra bersama ahli kariah surau dan Masjid bersempena Program Jelajah Malaysia Prihatin dan Majlis Sumbangan Prihatin Ramadhan kepada Masjid dan Surau peringkat Dun Bukit… Read More

Pengerusi Gerakan Selangor dilantik Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

22 Februari, SHAH ALAM: Pengerusi Parti GERAKAN Selangor, Datuk Ang Chin Tat telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor. Pengumuman rasmi tersebut telah dibuat melalui kenyataan media Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor, YB Dato’Seri Mohamed Azmin Ali hari ini. GERAKAN telah diterima menyertai Perikatan Nasional pada 11 Februari lalu. Perikatan Nasional turut anggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Star Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor turut disandang oleh YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas) dan YB Dato’ Abdul Rashid… Read More

Azmin Ali Rasmi Pelancaran Pejabat Perikatan Nasional Gombak

29 November, GOMBAK: Pelancaran Pejabat Urusan PPBM Bahagian Gombak & Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional Parlimen Gombak oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Sri Gombak. Perasmian ini menjadikan Perikatan Nasional Parlimen Gombak antara kawasan pilihan raya terawal membuka pejabat urustadbir organisasi di Malaysia. Azmin Ali, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Ketua Penerangan Perikatan Nasional dan Ahli Parlimen Gombak. Beliau juga adalah Pengarah Pilihanraya Parti Pribumi Bersatu Malaysia.