Sedekad di Ampang: Cara Zuraida bikin institusi masyarakat aktif

10 Mei 2021, AMPANG: Genap 10 tahun YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memikul amanah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Ampang. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai wakil rakyat melibatkan urusan politik, ekonomi dan sosiologi kawasan Ampang dalam prestasi kerja jitu. Namun itulah yang telah berjaya dibuktikan oleh Zuraida. Inilah kelebihan beliau, bermula daripada gerakan akar umbi dan kekal keupayaan tahap tertinggi menjalankan tugas walaupun wakil rakyat wanita. Gerakan yang sangat aktif, membuat Zuraida Kamaruddin adalah pesaing politik kental. “Saya mahu berikan kredit kepada kerajaan pembangkang dahulu yang berjaya memperkenalkan sistem… Read More

PKN Port Dickson santuni asnaf, sumbang duit raya Aidilfitri

8 Mei 2021, PORT DICKSON: Menjelang beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri, Penggerak Komuniti Negara Port Dickson telah menyantuni golongan asnaf sekitar Port Dickson di Bandar Baru Sunggala, Kampung Telok Kemang, Kampung Sri Parit dan Halaqah Tahfiz & Kelas Mengaji Quran Fatimah Az-Zahrah, Linggi. Sumbangan Bakul Aidilfitri Prihatin atas inisiatif Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida telah telah disampaikan oleh PKN Port Dickson. Pengerusinya, Rosman Jonet turut menyampaikan sumbangan kecil duit raya kepada asnaf-asnaf terlibat. “Saya berharapan dengan sumbangan kecil ini dapat mengukir senyuman kegembiraan buat mereka menyambut Aidilfitri nanti.”… Read More

Komuniti: Wanita PKN Petaling Jaya edar makanan kepada rumah anak-anak yatim

PETALING JAYA: Bulan Ramadhan menjadi kesempatan terbaik menjalankan ibadah sedekah seperti makanan kepada golongan memerlukan. Wanita PKN Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Nor Hasliza Omar bersama ahli jawatankuasa NGO ini telah menyampaikan sumbangan makanan kepada penghuni rumah anak-anak yatim di Taman Medan, Petaling Jaya. Program yang berlangsung pada 4 Mei lepas merupakan usahasama antara Wanita PKN Petaling Jaya dengan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di PJS 2C/11 Taman Medan. Seramai 50 orang penerima sumbangan makanan terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Menurut Hasliza yang juga Pengerusi… Read More

Yakeb dan Perbadanan Prima Malaysia raikan bekas atlit kebangsaan

1 Mei 2021, AMPANG: Kerjasama antara Perbadanan Prima Malaysia bersama Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb), meraikan 34 bekas atlit dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan Dan NGO di Hotel De Palma, Ampang. Sumbangan tersebut adalah suatu inisiatif menghargai jasa dan keringat individu-individu yang telah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, turut hadir ke majlis ini. “Sebagai seorang bekas atlit, saya sangat terkesan mendengar keadaan terkini bekas-bekas atlit ini setelah mereka bermati-matian memberi yang terbaik buat negara ketika zaman kegemilangan… Read More