Taman Persekutuan Bukit Kiara kini dibuka semula

13 Mac, KUALA LUMPUR: YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin pagi ini telah merasmikan Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi di Zon Rekreasi Keluarga, Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Taman Persekutuan Bukit Kiara kini dibuka kembali setelah lebih kurang satu tahun ditutup kerana mamatuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Datuk Zuraida turut menyeru orang awam untuk memastikan setiap SOP yang telah ditetapkan dipatuhi setiap masa. “Ia selaras usaha kerajaan untuk menyebarluas pengurusan pandemik COVID-19 dan amalan norma baharu kehidupan pada peringkat akar umbi.” kata beliau lagi. _PPI

Isu sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor ambil tempoh lama

KUALA LUMPUR – Proses penyelesaian sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor dijangka akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shanthara Kumar berkata, ini kerana ia melibatkan kerja-kerja pengukuran dan penandaan persempadanan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta proses susulan lain masih perlu dilakukan secara berperingkat. Selain itu katanya, terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan berikutan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Wilayah Persekutuan. “Isu tersebut yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tindakan… Read More

Wilayah Cakna| Surau Darussalam Dapat Peruntukan RM20 Ribu

Langkah kanan buat penduduk Perumahan Awam Sri Tioman 1 di Kuala Lumpur apabila sejumlah peruntukan RM20,000 untuk Surau Darussalam diluluskan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YBTM Dato Seri Dr Edmund Santara. Ia suatu manfaat buat penduduk-penduduk perumahan ini yang bakal menikmati hasil penambahbaikan kemudahan melalui peruntukan tersebut. _PPI

Masih ada sinar harapan untuk gelandangan KL

KUALA LUMPUR: Di sebalik kegawatan penularan wabak COVID-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur. Mereka kini boleh berdikari menerusi program khas penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain. Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan ini “diselamatkan” dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas…. Read More