Masyarakat India ladang dan B40 terima sumbangan Deepavali

11 November, PEKAN LINGGI: Menjelang perayaan Deepavali hujung minggu ini, Penggerak Port Dickson terus meraikan masyarakat India melalui pemberian sumbangan Deepavali. Kali ini masyarakat India dari ladang dan golongan B40 menerima sumbangan Deepavali daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. Pemberian sumbangan melalui program Sentuhan Prihatin yang digerakkan oleh Pejabat Penggerak Port Dickson sejak semalam (10 November). Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet. Masyarakat India dari Rumah Rakyat Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Ladang Tampin Linggi dan Rumah Rakyat Permatang Pasir telah menerima sumbangan tersebut… Read More

Sumbangan Deepavali erat hubungan Penggerak Port Dickson dengan masyarakat India

10 November, PORT DICKSON: Menjelang perayaan Deepavali yang bakal disambut, Penggerak Port Dickson telah menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India setempat. Penyampaian sumbangan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tersebut telah diserahkan kepada beberapa keluarga masyarakat India di kawasan-kawasan perumahan dalam Parlimen Port Dickson seperti di Taman Setia Kampung Sungai Sekawang, Taman Cermai dan Rumah Murah Pasir Panjang. Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet turut serta menyampaikan sumbangan Deepavali tersebut. Menurut Rosman, sumbangan Deepavali ini adalah suatu inisiatif mengeratkan hubungan dan pengukuhan pergaulan antara Penggerak Port Dickson dengan… Read More

Masyarakat India diraikan, Penggerak Jelebu serah sumbangan Deepavali

Ketika negara masih melawan wabak Covid-19 dengan pelaksanaan PKPB, sambutan perayaan tetap diraikan secara tertutup. Penggerak Jelebu telah menyerahkan sumbangan Deepavali ikhsan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin kepada masyarakat India di Air Hitam dan Bahau. Ahli Jawatankuasa Penggerak Jelebu, Puan Zarinah Krishnan telah memanjangkan sumbangan tersebut melalui serahan yang digerakkan petang semalam. Ini bukan kali pertama sumbangan Deepavali daripada YB Hajah Zuraida Kamaruddin, pada tahun lepas juga sumbangan tin makanan Deepavali daripada Menteri KPKT itu turut disampaikan kepada masyarakat India.

PeKT Kapar Rai 200 Keluarga Sempena Deepavali.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kapar dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Sementa hari ini meraikan seramai 200 keluarga dalam program Jom Shopping Deepavali Dun Sementa 2020. Pengerusinya merangkap Naib Penggerak Komuniti Negara (PKN) Parlimen Kapar, Saudara Anbu Mani bersama pasukannya telah berjaya mengenalpasti seramai 200 keluarga penerima yang layak untuk diberikan baucar bernilai RM100 bagi membeli keperluan masing-masing menjelang perayaan Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi. Mereka yang terpilih adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah iaitu di bawah RM2000 sebulan. Dalam program yang diadakan di Pasaraya Econsave Jalan Hamzah… Read More