Berita Ringkas |Demonstrasi Memuncak di Beirut

BEIRUT: Penunjuk perasaan menyerang beberapa kementerian pada Sabtu, dalam serangan dipercayai dirancang berikutan kemarahan rakyat susulan letupan besar yang mengorbankan lebih 158 orang dengan 6,000 cedera. Demonstrasi itu menambah lagi tekanan kepada kerajaan yang dikecam akibat krisis ekonomi, selain tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang meletak jawatan menjadikan lima wakil rakyat sudah berbuat demikian sejak letupan dahsyat 4 Ogos lalu. – AFP