Masih ramai ditahan ingkar SOP

Kuala Lumpur: Seramai 549 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semalam. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 535 individu dikenakan kompaun, manakala 14 lagi individu direman. “Antara kesalahan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, membawa penumpang berlebihan, premis gagal patuh arahan serta lain-lain. “Sebanyak 4,725 pasukan pematuhan memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP dengan melakukan 98,376 pemeriksaan di seluruh negara, semalam,”… Read More