Info PBT: Pihak berkuasa tempatan bandaraya di Malaysia

Tahukah anda setakat ini, terdapat 14 buah bandar raya di seluruh Malaysia iaitu; Dewan / Majlis Bandaraya Negeri 1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 2) Majlis Bandaraya Ipoh Perak 3) Dewan Bandaraya Kuching Utara Sarawak 4) Majlis Bandaraya Kuching Selatan Sarawak 5) Majlis Bandaraya Johor Bahru Johor 6) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah 7) Majlis Bandaraya Miri Sarawak 8) Majlis Bandaraya Alor Setar Kedah 9) Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor 10) Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 11) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka 12) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu 13) Majlis Bandaraya… Read More

Info PBT: Jumlah PBT seluruh Malaysia

Tahukah anda jumlah PBT adalah sebanyak 149 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu 12 buah Dewan/Majlis Bandaraya (DB / MB), 39 buah Majlis Perbandaran (MP) dan 98 buah Majlis Daerah  (MD). Terkini ialah Majlis Daerah Putatan dan Majlis Daerah Pitas, Sabah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Info PBT: Kategori pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia

Tahukah anada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: Majlis/Dewan BandarayaMajlis PerbandaranMajlis Daerah Perbezaan ketiga-tiga kategori adalah berdasarkan ciri-ciri masing-masing iaitu : Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Di antara kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta. Contoh PBT adalah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk… Read More